The Sense of Ownership
Ketika draf ini ditaip, aku sebenarnya dalam persiapan untuk membuat sesuatu yang agak gila.. iaitu membina semula blog sendri, blog peribadi, di tapak milik sendiri. The self-hosted blog.
Yes, it sounds crazy.. like "kenapa gigih sangat nak buka blog berbayar sendiri? Kenapa gigih sangat nak bayar hosting mahal2 simply to have a blog?. Berlambak kot free blog sekarang. Tinggal nk pilih yang mana satu saja. Why weh... whyyyy!!??". Well. first and foremorst.. I think.. it is because I would prefer to have my very own spaces. Ruang personal milik sendiri.
Kerana tiada apa yang percuma
Aku sebenarnya tak perasan tentang perkara ini, menyakini bahawa sesuatu yang kita beli.. adalah sepenuhnya milik kita tanpa apa-apa kos lagi. Goshh.. how wrong I'm. Bila ada dua rumah atas nama aku, rumah tu memang miik aku selagi mana home installment dijaga dengan baik. It is technically true.. until th day I need to pay current cost like IWK, house tax, council tax etc.
Kos-kos semasa ni memang takde kaitan langsung dengan home installment, yang nantinya bila habis bayar rumah pfficially jadi milik kita. Tapi these current cost? perlu dibayar selagi mana rumah tu wujud, di atas tanah milik orang, pembentungan diuruskan 3rd party and so on. Jadi selagi mana rumah tu wujud atas nama kita, sama ada kita duduk atau tidak, semua itu perlu dibayar biarpun installment dah setel berkurun-kurun lamanya.
Jadi, bila terfikirkan tentang itulah.. yang membuatkan aku terfikir bahawa situasi ini juga sama dengan self-hosted blog, yang mana of course perlu dibayar yearly subscription bagi menjaga ownership hosting. But still, ia kos yang logik bukan? kerana ia, more or less, tidak jauh beza dengan current monthly cost rumah milik sendiri.
Jadi untuk part ni, aku hanya anggap bahawa ia kos yang sama saja dengan current cost rumah, untuk menjaga rumah, walaupun rumah itu pun sebetulnya sudah menjadi milik kita. Jadi memikirkan current cost inilah membuatkan aku terfikir.."well, kalau inilah kos semasa yang perlu dibayar semata-mata untuk menjaga rumah yang sudah menjadi milik kita tapi masih perlu membayar pada majlis, IWK etc.. apa beza dengan hosting?" . Situasi yang sama.. betul tak?
Suscription Mahal
Aku memang terfikir untuk melanggan subscription Bearblog ini, merasakan ini langkah yang terpaling wajar untuk support usaha developer platform kekal independent. The only problem.. mahal. Ya, murah jika aku EU or US citizen, tapi mahal kerana aku guna MYR. So.. berapa harga?. Setakat draf ini ditulis, $6/month = RM24/bulan. Terus terang sahaja.. mahal, berbanding RM12/bulan kalau self-hosted yang bakal aku subscribe ni. Kalau 6 ringgit sebulan / 36 setahun, itu okay bagi aku untuk support. Tapi RM24 sebulan? adehhh.. berat.
Betul, memang banyak features kalau langgan pakej premium, like domain mapping, media storage, Javascript enabled, comments, global search and so on. Tapi masih tak rasa memadai kerana ia masih tetap mahal.. semata-mata untuk blog yang basic. Apalagi domain pun kena beli sendiri untuk nantinya mapping. Berapa harga domain? around RM55/year. Jadi bayangkan sekarang, sudahlah bulan-bulan RM24/month, belum lagi RM55/year, semata-mata untuk blogging. Haihhh... blog je kot. Bukan e-commerce pun.
Total Control
Ya, ini yang aku kira paling penting, total control. The good thing about this platform.. is that the developer strive to ensure this platform truly independent from technofeudal and so on. Tapi itu sendiri pun masih belum mencukupi kerana in the end.. blog yang dibuka disini pun masih dibawah kawalan beliau. Under his total control. Means that if something happen in near future, like aku keras mengkritik bucu enam dengan brutal tanpa henti.. apekah blog aku bisa bertahan dari ditutup jika bucu enam memberi kata dua developer untuk meruntuhkan keseluruhan platform ini demi mendiamkan aku?. Pilih.. nak delete blog rebel yang satu ini ke atau kami destroy the whole platform. Kau pun dapat teka pilihan apa yang developer terpaksa pilih bukan.
Inilah yang problematiknya, kerana jelas menampakkan aku tidak ada total control terhadap apa yang ingin aku share. Mengapa? kerana di platform orang.. aku sebenarnya bergantung pada ehsan pemilik platform. Jika dia terpaksa menutup blog aku demi menyelamatkan seluruh platform, ya.. itu wajar saja. Tapi aku? ah.. dah publish banyak.. kena tutup pula.
Jadi yang terbaik ketika ini.. sebaiknya posting dibuat di blog milik sendiri sahaja, kerana tanpa perlu bergantung pada ehsan pemilik, kerana setidak-tidaknya aku tidak perlu risau untuk membuat posting-posting yang mungkin panas dan kontroversi.. tapi risikonya aku ambil sendiri. Itu lebih baik bukan?
Dan total control juga bermaksud aku ada peluang untuk membangunkan blog seenaknya nanti tanpa terikat dengan limited design seperti di platform ini. Semuanya ikut selera aku sendiri. Mahu yang relaks, complicated, doesn't matter. Ikut sesedap rasa sahaja nanti.
In fact, aku boleh prepare untuk future project dengan single hosting yang sama, dengan particular domain name. Yelah, 150GB tu okay sangat bagi aku buat masa ni. Kalau text-based blog pun.. berapa ratus MB sangat la nak pakai. 5GB pun dah okay kot. Tu pun jenuh nak taip. hahah.
Penutup Bicara
Ya, sudah diputuskan untuk membuka semula blog personal di paid-hosting. Untuk RM11/month bagi aku okay sangat untuk nantinya dibina ikut suka hati aku sendiri berbanding RM24/month kalau subscribe premium platform ini. Tied solely for a blog instead prepare for various project yang boleh dibina di paid-hosting. Apakan daya.. itu sahaja pilihan yang paling rasional, wajar dan cerdik buat masa sekarang.
Dan seperti mana current cost rumah.. ya, anggap sahaja ini belanja kehidupan.. sama seperti orang keluarkan duit beribu untuk pergi travel setiap tahun, jadi apa sangatlah travel dengan cara paid-hosting ni. Healing juga kan?. hahah.
So.. bagaimana pula dengan blog sekarang di platform ni? ah.. dah register and secure nama sendiri kan? so maintain sahaja. Free je kan. Alhamdulillah. :)