Das Boixos

Dilema...

Akhirnya memutuskan untuk kembali menggunakan address ini, setelah menyedari nama-nama yang dipilih sebelum ini agak exposed juga. Yang ni mungkin okay sikit, sebab tiada siapa yang tahu.So rasa lebih selamat sikit.

Anyway, setakat ini masih dalam dilema terkait projek pustaka. Awalnya hosting dilanggan sebab kapasiti 150GB. So by default, memang plan untuk guna bagi projek pustaka. Tapi sejak akhir-akhir ni mula berubah pemikiran. Tak tau kenapa sejak kebelakangan ni asik fikirkan sama ada sempat atau tidak untuk mengumpul pahala. Jadi bila dah ada hosting ni, bukan Projek Pustaka yang muncul 1st, tapi Projek Infaq.

Projek Infaq ni adalah bagi membantu promosi masjid dan surau yang memerlukan sumbangan wang dari orang ramai bagi membina, membaik pulih atau memperbaharuhi surau dan masjid di sekitar Kedah.Itu idea awal projek ni. Kawasan sasaran adalah di sekitar negeri Kedah.

Isunya sekarang, untuk hosting dah ada 150GB. Tapi untuk domain.. yang ni kena langgan. RM60/year. Banyak juga tu. Jadi bila ada kekangan macam ni, terpaksa buat priority.. yang mana perlu didahulukan. Walaupun memang dah lock up Projek Pustaka sejak dulu, tapi dengan masa yang semakin suntuk disebabkan usia yang makin bertambah, maka terpaksa consider semula apa yang perlu jadi keutamaan sekarang. Projek Pustaka yang for sure bantu self-popularity atau Projek Infaq yang lebih murni untuk tambah pahala. Inilah yang buatkan jiwa mencondong berat pada Projek Infaq.

Tambah lagi sekarang, dengan sudah ada blog, jadi dah tak banyak personal project lagi selain yang sedang dipertimbangan untuk start tak lama lagi.. Sukarelawan Hijau Kuning sebagai multi-racial voluntering untuk orang kedah, dan Sukarelawan Qalha sebagai focused-voluntering untuk islamic youth kedah. Oleh kerana Projek Infaq akan terima sumbangan dana public, jadi sebaiknya ia berada bawah kendalian dan pengawasan organisasi : qalha volunteers.

So.. back to the topic. Projek Pustaka atau Projek Infaq? Tak pasti lagi. Yang pasti, duit dah start kena kumpul dah sebab kalau tetiba decide untuk pergi salah satu daripadanya, so beh terus keluarkan duit. Jadi, oleh keraa tak dapat decide lagi, kumpul duit saja dulu. Itu lebih baik rasanya.